Assalamualaikum dan Salam Sayang.....
Pada minggu kedua interaksi kuliah bersama
pensyarah matapelajaran Kecerdasan Emosi, Pn Norihah Binti Bachok saya dan
rakan sekelas tentang kecerdasan emosi, kecerdasan intelek dan kecerdasan
spiritual.
EQ
dapat saya interprestasikan sebagai kecerdasan dari segi emosi seseorang dan
berkait rapat dengan nafsu,perasaan dan hati. Hal ini kerana berkait dengan apa
yang dirasai oleh seseorang individu.Sebagai contoh kita dapat merasa perasaan
ketika marah,sedih dan pelbagai jenis emosi lagi.
IQ pula dapat saya rumuskan sebagai satu
keupayaan yang melibatkan otak manusia memproses maklum kognitif. Sebagai
contoh situasi dimana kita melihat seorang nenek tua ingin melintas jalan dan
kita secara automatik akan timbul perasaan ingin membantu nenek tersebut untuk
melintas jalan. Harus diingat hanya orang yang mempunyai pemikiran intelek yang
tinggi dapat memikirkan perkara tersebut.Oleh itu kecerdasan Intelek amat
berguna kepada individu.
SQ pula ialah kecerdasan spiritual adalah
persoalan dimana kita bertanya kepada diri “siapa saya”. Hal ini amat penting
kerana ia membantu kita untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri mahupun
orang disekeliling kita.Sebagai contoh kita berasa simpati bila melihat orang
lain berada di dalam kesusaha.
Tuntasnya, dapat saya simpulkan ketiga-tiga
kecerdasan emosi tersebut perlu diterapkan dan diaplikasikan didalam kehidupan
kita sebagai manusia dimuka bumi ini. Bukan itu sahaj, sebagai bakal pendidik
kita perlu ada ketiga-tiga aspek kecerdasan tersebut bagi melahirkan guru
cemerlang gemilang dan terbilang. InsyaAllah dengaN izinNYA.....