Tuesday, 10 July 2012

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI: MINGGU PERTAMA

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

    Pada minggu pertama interaksi bersama pensyarah Kecerdasan Emosi, iaitu Pn Norihah Binti Bachok,kami telah diperkenalkan dengan satu topik iaitu Passion atau dalam bahasa Melayu adalah kepuasan. Semasa berada di dalam kuliah tersebut, beliau meminta kami memikirkan tentang sesuatu yang dapat memverikan kami kepuasan dalam apa jua keadaan sama ada suka ataupun duka.

     Tidak dinafikan, semasa beliau meminta kami memikirkan perkara tersebut, saya berasa keliru diantara kepuasaan dan hobi. Walaubagaimanapun, setelah Pn.Norihah memberikan sedikit penjelasan yang lebih terperinci, akhirnya saya dapat membezakan kepuasan dan hobi. 

      Akhirnya saya dapat memikirkan dan dapat menjawab pertanyaan Pn tentang apakah saya akan lakukan agar mendapat kepuasan yang diingini. Pada mulanya, saya malu untuk menyatakan Passion saya, tetapi saya tetap menggagahkan diri, saya akan berasa puas apabila saya melihat air,contohnya air laut,air sungai dan apa jua jenis air. Pada mulanya rakan sekelas berasa pelik, tetapi itulah kenyataannya.Saya amat gemarkan air, kerana bagi saya air memberikan ketenangan kepada saya disaat saya keresahan mahupun dikala suka. 

       Antara tempat yang mempunyai sumber air yang saya gemari ialah di Semporna. Kita sedia maklum bahawa Semporna adalah tempat yang mempunyai laut yang luas dan air laut yang jernih. Disamping itu, saya juga suka melakukan kerja-kerja rumah yang memerlukan penggunaan air, contohnya, mencuci pinggan, mengemop lantai, membasuh pakaian dan menyiram bunga. Pelik bukan, tetapi itulah realiti hidup,dan itulah perkara yang memberi kepuasan kepada saya. SEKIAN.




No comments:

Post a Comment