Tuesday, 10 July 2012

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI : MINGGU KETIGA

Assalamualaikum dan Salam Sayang... x jawab dosa

AMARAN: Jangan tengok video ini jika anda bukan seorang yang kuat semangat!!!

SELAMAT MENONTON

 

      Video diatas sememangnya amat memberi kesan kepada saya dan mungkin juga kepada siapa yang menontonnya. Tidak dinafikan "kasih ibu dibawa ke syurga". Kita juga sering mendengar "SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU".

     Hal tersebut dapat membuktikan betapa tingginya martabat seorang ibu. Semasa saya melihat video ini, air mata saya mengalir... :"(.Kerana saya berasa terlalu banyak dosa saya lakukan kepada IBU saya.

     Oleh itu, sebagai seorang anak,kita mestilah sentiasa menghargai IBU kita selagi hayat dikandung badan, kerana jika terlambat sesal di kemudian hari tiada berguna. Ingatlah, janganlah kita seperti "kacang lupakan kulit",kerana doa ibu sentiasa mengiringi kita dalam menempuh kejayaan.Sayangilah IBU kita sebagaimana mereka menyayangi kita semasa kecil.
     Melalui video ini juga, saya dapat menjadikannya pengajaran yang amat berguna, iaitu kita haruslah sentiasa mengingati jasa IBU yang telah membesarkan kita dengan susah payah. Bagi saya IBU saya adalah insan yang paling berharga dalam hidup saya,dan saya amat mengagumi IBU saya kerana beliau adalah IBU dan AYAH kepada kami tida beradik.
        Akhir Kalam..Kenanglah jasa IBU kita..kerana mereka telah banyak berkorban demi kita yang bergelar ANAK....InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment