Wednesday, 29 August 2012

mY NEW FAMILY !!!

haiii SEMUA!!! say hiii 

mesti hapy sambut raya dengan Family kn3 ? bha tahun nie sekali lagi aq terpaksa beraya jauh d perantauan.. sedih sgt2..tapi tahun nie..walaupun jauh dari keluarga..tapi aq dapat keluarga baru..Tahun nie..aq beraya bersama sahabat yg ku sayangi dan aq anggap macam adik-beradik sendiri... sayang u allsss..Nah durang pun senasib dengan aq..x dapat balik beraya...nasib baik lar ada jugak orang yang sanggup bawak kami ber-5 balik beraya... Ok lar..malas maw cerita panjang..biar larr gambar yang berbicara..... PEACE NO WARR :p


mukak orang nda balik raya :")    

Tadadada...nah nie lar family bru aq.. :) comelll
beraya di rumah terrrrrrrrrttttt >suelieyana<
hikhikhik....rumah HANG TUAH ~~
perrrhh..this is my OLDERbrother..KURULL nda ensem
wakakaka..nah nie last picture..sebenarnya banyk lagi..tapi malass maw kasi masuk.. :)  

with : syapik,khairil,aq,wyna,sue n kurull ....

Sunday, 22 July 2012

R.I.N.D.U. =.=

Assalammualaikum.. =.=

he3..lop u so much--> my maknik
 

 Bha..aq pun xtaw knapa ada mood maw update ni "belog".. kaw ada??
sEbenarnya aq rindu dengan family... :"( arrrgghh sakit ooo rindu dengan family..lebih saket dri putus chenta.. aik??pena rasa putus chenta ka??...?? NAH...nie aq hidangkan gambar-gambar maKnik + wanda + acak...aq rindu kamu sangat !!! maw balekkk !! mesti kamu rindu aq juga kan ?? malu-malu lagi  =.="


 ACAK..rinduu maw buli kaw masak nasik!! :"(   
WANDA..rindu maw gaduh sama kaw!! :"(




 
ha3..rindu maw jalan sama kaw!! :"(
lepa-lepa time!! :) miss this moment
 kaw gundutt+bondeng =wanda!!

  :") ha3..ni lar raya yang last dapat kumpul dgn family..
:"( tahun nie x dapat raya sama2 lagi..
:"( tahun nie x dapat gambar sama2 lagi..
:"( tahun nie akan beraya sendiri lagi..seperti tahun lalu..
:"(

Tuesday, 10 July 2012

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI : MINGGU KETIGA

Assalamualaikum dan Salam Sayang... x jawab dosa

AMARAN: Jangan tengok video ini jika anda bukan seorang yang kuat semangat!!!

SELAMAT MENONTON

 

      Video diatas sememangnya amat memberi kesan kepada saya dan mungkin juga kepada siapa yang menontonnya. Tidak dinafikan "kasih ibu dibawa ke syurga". Kita juga sering mendengar "SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU".

     Hal tersebut dapat membuktikan betapa tingginya martabat seorang ibu. Semasa saya melihat video ini, air mata saya mengalir... :"(.Kerana saya berasa terlalu banyak dosa saya lakukan kepada IBU saya.

     Oleh itu, sebagai seorang anak,kita mestilah sentiasa menghargai IBU kita selagi hayat dikandung badan, kerana jika terlambat sesal di kemudian hari tiada berguna. Ingatlah, janganlah kita seperti "kacang lupakan kulit",kerana doa ibu sentiasa mengiringi kita dalam menempuh kejayaan.Sayangilah IBU kita sebagaimana mereka menyayangi kita semasa kecil.
     Melalui video ini juga, saya dapat menjadikannya pengajaran yang amat berguna, iaitu kita haruslah sentiasa mengingati jasa IBU yang telah membesarkan kita dengan susah payah. Bagi saya IBU saya adalah insan yang paling berharga dalam hidup saya,dan saya amat mengagumi IBU saya kerana beliau adalah IBU dan AYAH kepada kami tida beradik.
        Akhir Kalam..Kenanglah jasa IBU kita..kerana mereka telah banyak berkorban demi kita yang bergelar ANAK....InsyaALLAH...

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI:MINGGU KEDUA


Assalamualaikum dan Salam Sayang.....

     Pada minggu kedua interaksi kuliah bersama pensyarah matapelajaran Kecerdasan Emosi, Pn Norihah Binti Bachok saya dan rakan sekelas tentang kecerdasan emosi, kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual.

      EQ dapat saya interprestasikan sebagai  kecerdasan dari segi emosi seseorang dan berkait rapat dengan nafsu,perasaan dan hati. Hal ini kerana berkait dengan apa yang dirasai oleh seseorang individu.Sebagai contoh kita dapat merasa perasaan ketika marah,sedih dan pelbagai jenis emosi lagi.

      IQ pula dapat saya rumuskan sebagai satu keupayaan yang melibatkan otak manusia memproses maklum kognitif. Sebagai contoh situasi dimana kita melihat seorang nenek tua ingin melintas jalan dan kita secara automatik akan timbul perasaan ingin membantu nenek tersebut untuk melintas jalan. Harus diingat hanya orang yang mempunyai pemikiran intelek yang tinggi dapat memikirkan perkara tersebut.Oleh itu kecerdasan Intelek amat berguna kepada individu.

      SQ pula ialah kecerdasan spiritual adalah persoalan dimana kita bertanya kepada diri “siapa saya”. Hal ini amat penting kerana ia membantu kita untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri mahupun orang disekeliling kita.Sebagai contoh kita berasa simpati bila melihat orang lain berada di dalam kesusaha.

     Tuntasnya, dapat saya simpulkan ketiga-tiga kecerdasan emosi tersebut perlu diterapkan dan diaplikasikan didalam kehidupan kita sebagai manusia dimuka bumi ini. Bukan itu sahaj, sebagai bakal pendidik kita perlu ada ketiga-tiga aspek kecerdasan tersebut bagi melahirkan guru cemerlang gemilang dan terbilang. InsyaAllah dengaN izinNYA.....

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI: MINGGU PERTAMA

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

    Pada minggu pertama interaksi bersama pensyarah Kecerdasan Emosi, iaitu Pn Norihah Binti Bachok,kami telah diperkenalkan dengan satu topik iaitu Passion atau dalam bahasa Melayu adalah kepuasan. Semasa berada di dalam kuliah tersebut, beliau meminta kami memikirkan tentang sesuatu yang dapat memverikan kami kepuasan dalam apa jua keadaan sama ada suka ataupun duka.

     Tidak dinafikan, semasa beliau meminta kami memikirkan perkara tersebut, saya berasa keliru diantara kepuasaan dan hobi. Walaubagaimanapun, setelah Pn.Norihah memberikan sedikit penjelasan yang lebih terperinci, akhirnya saya dapat membezakan kepuasan dan hobi. 

      Akhirnya saya dapat memikirkan dan dapat menjawab pertanyaan Pn tentang apakah saya akan lakukan agar mendapat kepuasan yang diingini. Pada mulanya, saya malu untuk menyatakan Passion saya, tetapi saya tetap menggagahkan diri, saya akan berasa puas apabila saya melihat air,contohnya air laut,air sungai dan apa jua jenis air. Pada mulanya rakan sekelas berasa pelik, tetapi itulah kenyataannya.Saya amat gemarkan air, kerana bagi saya air memberikan ketenangan kepada saya disaat saya keresahan mahupun dikala suka. 

       Antara tempat yang mempunyai sumber air yang saya gemari ialah di Semporna. Kita sedia maklum bahawa Semporna adalah tempat yang mempunyai laut yang luas dan air laut yang jernih. Disamping itu, saya juga suka melakukan kerja-kerja rumah yang memerlukan penggunaan air, contohnya, mencuci pinggan, mengemop lantai, membasuh pakaian dan menyiram bunga. Pelik bukan, tetapi itulah realiti hidup,dan itulah perkara yang memberi kepuasan kepada saya. SEKIAN.




Friday, 29 June 2012

--->I LOVE YOU<---


Assalamualaikum... (x jawab dosa)

    Hehehe.. ketawa dulu.. nah nie adalah post aQ yang kedua...sebenarnya aQ pun xtaw maw tulis apa..tapi aQ tetap juga maw menulis dan terus menulis walau apa juga berlaku kerana aQ mesti tulis sehingga aQ penat menulis tulisan yang aQ tulis kHAS untuk orang yang aQ sayang..masi boleh bacakan..ok aQ teruskan...

    HEHEHE ..ketawa lagi :)..ok hari nie bersamaan 30.6.2012 merupakan hari yang istimewa buat aq...nak taw kenapa??nah teruskan bacaan anda walaupun anda telah mula berasa bosan..hehehe pengembaraan baru bermula bha...!!! ok kita sambung cite tadi.. kenapa istimewa???sebab hari nie adalah hari ulang tahun kelahiran orang yang aQ sayang atau orang kampung aQ cakap "BIRTHDAY"...nah tu pasal aQ tulis nie..sebab maw mengabadikan memori terindah ini...aisemen!! jiwang berkarat ooo... 

     Ok aQ cite sikit jak pasal "dya" ok...dya nie selalu bikin panas (bahasa yg aq selalu guna) tapi kadang bikin sejuk juga...sebab dya nie sejenis manusia yang x pernah merungut mahupun membantah apa yang aQ cakap..esh3.. baiknya..bukan tu jak..dya nie kalau dalam sehari x buat aQ dan family ketawa memang x sah...rasa macam ada kurang jak.. ala macam kita buat air nescafe tak letak gula...eh3 maw kemana?? dah3..jangan try sekarang..nanti dah habis baca post nie baru p try buat air nescafe x letak gula eyyy.. :)..jadi dya adalah penyeri dan permata yang amat berharga buat aQ dan family...he3..

     Tapi sedih juga..sebab x dapat sambut birthday dya..jarak memisahkan aQ dan dYa... :"( aQ sayang dya sangat~sangat....!! sedih pulak aQ...nah disini aQ maw ucapkan SELAMAT HARI JADI yang ke 18 tahun buat aDeq q Adryansyah Jovi Bin Ramali yang paling manang di dunia..semoga jadi insan yang berguna pada "mak nik",bangsa, agama dan negara....!!
Seperti yg aq cakap di atas td..aq cite sikit jak tentang dya kan..hehehe :)....ok lah..aq pun ndak taw maw cite apa lagi....tu saja yang dapat aq kongsi tentang kembara jiwa yang telah aq terokai..!!!yihaaaaa!!!!
adeq Q :)

KemBara BeRmuLa ^_^

hehehe...hai semua..!!! (aik?? mcm dah bnyak follower pulak...perasan kejap) ^_^...
nah nie post aQ (aq = aku..he3 khas untuk org yg xtaw)....bha sory bahasa teruk sangat2...(he3 kembara baru bermula kn)....ok nie post aQ yg pertama.....akhirnya dapat juga aQ buat "belog" ni dengan jayanya,setelah berusaha sedaya upaya membuatnya dengan kudrat yang ada....terima kasih aQ ucapkan untuK En.Youtube kerana telah banyak membantu aQ untuk menyiapkan "belog" ini. Hal ini kerana, dengan tutorial yang disediakan...saya dapat membuat "BELOG" dengan lebih mudah.. :) (mcm refleksi pulak)...aish ok sampai sini saja kembara kita pada hari ini...aQ harap dengan adanya "belog" aQ dapat meluahkan segala isi hati, suka atau pun duka mahupun ceritera hidup ini. "peace no sad~sad" AMARAN! <----jangan menggunakan penulisan seperti di atas dalam penulisan yang FORMAL... "BAHASA BUDAYA KITA"