Sunday, 22 July 2012

R.I.N.D.U. =.=

Assalammualaikum.. =.=

he3..lop u so much--> my maknik
 

 Bha..aq pun xtaw knapa ada mood maw update ni "belog".. kaw ada??
sEbenarnya aq rindu dengan family... :"( arrrgghh sakit ooo rindu dengan family..lebih saket dri putus chenta.. aik??pena rasa putus chenta ka??...?? NAH...nie aq hidangkan gambar-gambar maKnik + wanda + acak...aq rindu kamu sangat !!! maw balekkk !! mesti kamu rindu aq juga kan ?? malu-malu lagi  =.="


 ACAK..rinduu maw buli kaw masak nasik!! :"(   
WANDA..rindu maw gaduh sama kaw!! :"(




 
ha3..rindu maw jalan sama kaw!! :"(
lepa-lepa time!! :) miss this moment
 kaw gundutt+bondeng =wanda!!

  :") ha3..ni lar raya yang last dapat kumpul dgn family..
:"( tahun nie x dapat raya sama2 lagi..
:"( tahun nie x dapat gambar sama2 lagi..
:"( tahun nie akan beraya sendiri lagi..seperti tahun lalu..
:"(

Tuesday, 10 July 2012

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI : MINGGU KETIGA

Assalamualaikum dan Salam Sayang... x jawab dosa

AMARAN: Jangan tengok video ini jika anda bukan seorang yang kuat semangat!!!

SELAMAT MENONTON

 

      Video diatas sememangnya amat memberi kesan kepada saya dan mungkin juga kepada siapa yang menontonnya. Tidak dinafikan "kasih ibu dibawa ke syurga". Kita juga sering mendengar "SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU".

     Hal tersebut dapat membuktikan betapa tingginya martabat seorang ibu. Semasa saya melihat video ini, air mata saya mengalir... :"(.Kerana saya berasa terlalu banyak dosa saya lakukan kepada IBU saya.

     Oleh itu, sebagai seorang anak,kita mestilah sentiasa menghargai IBU kita selagi hayat dikandung badan, kerana jika terlambat sesal di kemudian hari tiada berguna. Ingatlah, janganlah kita seperti "kacang lupakan kulit",kerana doa ibu sentiasa mengiringi kita dalam menempuh kejayaan.Sayangilah IBU kita sebagaimana mereka menyayangi kita semasa kecil.
     Melalui video ini juga, saya dapat menjadikannya pengajaran yang amat berguna, iaitu kita haruslah sentiasa mengingati jasa IBU yang telah membesarkan kita dengan susah payah. Bagi saya IBU saya adalah insan yang paling berharga dalam hidup saya,dan saya amat mengagumi IBU saya kerana beliau adalah IBU dan AYAH kepada kami tida beradik.
        Akhir Kalam..Kenanglah jasa IBU kita..kerana mereka telah banyak berkorban demi kita yang bergelar ANAK....InsyaALLAH...

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI:MINGGU KEDUA


Assalamualaikum dan Salam Sayang.....

     Pada minggu kedua interaksi kuliah bersama pensyarah matapelajaran Kecerdasan Emosi, Pn Norihah Binti Bachok saya dan rakan sekelas tentang kecerdasan emosi, kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual.

      EQ dapat saya interprestasikan sebagai  kecerdasan dari segi emosi seseorang dan berkait rapat dengan nafsu,perasaan dan hati. Hal ini kerana berkait dengan apa yang dirasai oleh seseorang individu.Sebagai contoh kita dapat merasa perasaan ketika marah,sedih dan pelbagai jenis emosi lagi.

      IQ pula dapat saya rumuskan sebagai satu keupayaan yang melibatkan otak manusia memproses maklum kognitif. Sebagai contoh situasi dimana kita melihat seorang nenek tua ingin melintas jalan dan kita secara automatik akan timbul perasaan ingin membantu nenek tersebut untuk melintas jalan. Harus diingat hanya orang yang mempunyai pemikiran intelek yang tinggi dapat memikirkan perkara tersebut.Oleh itu kecerdasan Intelek amat berguna kepada individu.

      SQ pula ialah kecerdasan spiritual adalah persoalan dimana kita bertanya kepada diri “siapa saya”. Hal ini amat penting kerana ia membantu kita untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri mahupun orang disekeliling kita.Sebagai contoh kita berasa simpati bila melihat orang lain berada di dalam kesusaha.

     Tuntasnya, dapat saya simpulkan ketiga-tiga kecerdasan emosi tersebut perlu diterapkan dan diaplikasikan didalam kehidupan kita sebagai manusia dimuka bumi ini. Bukan itu sahaj, sebagai bakal pendidik kita perlu ada ketiga-tiga aspek kecerdasan tersebut bagi melahirkan guru cemerlang gemilang dan terbilang. InsyaAllah dengaN izinNYA.....

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI: MINGGU PERTAMA

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

    Pada minggu pertama interaksi bersama pensyarah Kecerdasan Emosi, iaitu Pn Norihah Binti Bachok,kami telah diperkenalkan dengan satu topik iaitu Passion atau dalam bahasa Melayu adalah kepuasan. Semasa berada di dalam kuliah tersebut, beliau meminta kami memikirkan tentang sesuatu yang dapat memverikan kami kepuasan dalam apa jua keadaan sama ada suka ataupun duka.

     Tidak dinafikan, semasa beliau meminta kami memikirkan perkara tersebut, saya berasa keliru diantara kepuasaan dan hobi. Walaubagaimanapun, setelah Pn.Norihah memberikan sedikit penjelasan yang lebih terperinci, akhirnya saya dapat membezakan kepuasan dan hobi. 

      Akhirnya saya dapat memikirkan dan dapat menjawab pertanyaan Pn tentang apakah saya akan lakukan agar mendapat kepuasan yang diingini. Pada mulanya, saya malu untuk menyatakan Passion saya, tetapi saya tetap menggagahkan diri, saya akan berasa puas apabila saya melihat air,contohnya air laut,air sungai dan apa jua jenis air. Pada mulanya rakan sekelas berasa pelik, tetapi itulah kenyataannya.Saya amat gemarkan air, kerana bagi saya air memberikan ketenangan kepada saya disaat saya keresahan mahupun dikala suka. 

       Antara tempat yang mempunyai sumber air yang saya gemari ialah di Semporna. Kita sedia maklum bahawa Semporna adalah tempat yang mempunyai laut yang luas dan air laut yang jernih. Disamping itu, saya juga suka melakukan kerja-kerja rumah yang memerlukan penggunaan air, contohnya, mencuci pinggan, mengemop lantai, membasuh pakaian dan menyiram bunga. Pelik bukan, tetapi itulah realiti hidup,dan itulah perkara yang memberi kepuasan kepada saya. SEKIAN.